simuzara24369

Monday 19 March 2012

YAHOO KE KOREA...

Assalamualaikum buat diriku yang daif di sisi ALLAH . Apa Khabar? Sihat? Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya aku masih lagi dapat menghirup udara yang segar tanpa bayaran. Iyalah aku ni tinggal di Kota Malim Prima yang udaranya bersih dan pemandangannya dipenuhi dengan bukit bukau serta banjaran. Berhampiran dengan tempat ku ada Sungai Inki tempat aku boleh dikatakan sebulan sekali akan bermandi manda bersama-sama anak-anakku yang comel. Aku suka mandi di Sungai Inki kerana ada air sejuk dan ada air panas. Kadang - kadang berjam jam lamanya aku berendam di dalam sungai tu. Oh ya pasal tempat ku yang aman damai ini aku sangat bertuah kerana memiliki sebuah tempat tinggal yang jauh dari hiruk pikuk kenderaan dan suasana bising suara-suara manusia di luar sana. Yang bingitnya adalah suara anak-anakku yang masih kecil dengan senda gurau yang kadang-kadang menguji kesabaranku ini. Memang sunyi tempat tinggalku silap-silap gerun juga jika tinggal seorang diri di dalam rumah. Maklumlah Abang Ngah anak jiranku kata di kawasan tanah kosong di hadapan rumahku ada 2 buah perkampungan bunian. Dia boleh nampak . Tak apalah asalkan kami anak beranak  tidak ganggu mereka sudah. Yang penting kita boleh melakukan ibadah khusus, am dan sunat dengan aman sekali. Berbalik soal ibadah ni aku rasa aku semakin tua tapi hati masih muda. Boleh dikatakan hari-hari yang ku lalui diisi dengan aktiviti yang sangat sibuk. Di sekolah bermula 20 Mac 2012, aku ada 4 kelas Matematik yang aku ajar. tingkatan 2 RK, 2AA, 5Tiara dan 5 Satria. Awal Januari hingga 19 Mac aku mengajar tingkatan 3 Perdana dan bukan 5 Satria. Oleh kerana permintaan dari anak muridku supaya aku mengajar 5 Satria kembali menyebabkan aku tak sampai hati untuk meninggalkan mereka. Terima kasih kalian yang meletakkan kepercayaan kepada ku untuk membimbing kalian. Moga Allah merestui dan merahmati kita semua. Amin. Aku kira tugasku di dalam Takwim tahun 2012 ada 18 jenis tugas. Itu belum termasuk tugas utama iaitu sebagai guru Matematik. Oh ya belum lagi tugas sampingan yang mendatang . Ya Allah andai kata aku ditugaskan untuk mengajar sahaja sudah tentu aku boleh fokus kepada pencapaian kecemerlangan anak-anak muridku. Aku boleh bina modul yang tersusun dan aku boleh memantau mereka satu persatu. InsyaALLAH. Ok aku sambung lagi nanti  coz Abi tersayang nak bawa aku dan anak - anak tercinta makan di ZAAZ Tanjong Malim. Berhenti jam 8.23 malam. Hai jumpa lagi. Sekarang jam 4.17 pagi. Hemm... selepas balik dari ZAAZ aku terus tidur kerana keletihan yang amat sangat. Bukannya apa letih kerana menunggu order sampai. Sangat menguji kesabaran. Anyway terima kasih Abi Sayang kerana telah belanja kami makan di situ. Menunya Lamb Chop , Mushroom Soap dan Ice Lemon Tea. Anak-anak turut sama pilih menu yang sama cuma air yang diminta ialah susu ais. Abi pula makan Burger Ayam Special. Abi seorang yang sangat suka meraikan anak-anak dengan makan di luar. Walaupun mahal tetapi dia tetap ingin berbelanja. Itulah sebabmya rezekinya sangat murah. Haa... kalau nak selalu ke Mekah atau Madinah mestiada sifat pemurah yang berterusan. Sebenarnya Abi akan bertolak lagi ke Mekah untuk mengerjakan ibadah UMRAH. Seronok dia. Minggu lepas 9 Mac hingga 17 Mac Abi berada di Madinah, Mekah dan Dubai. Pada Jumaat ini 23 Mac 2012 Abi akan pergi lagi. Alhamdulillah rezekinya mencurah-curah. Moga - moga rezeki aku , anak-anak serta keturunanku semua mencurah-curah hendaknya. Kata Abi bulan April dan Mei dia akan ke sana lagi. Berita yang paling menggembirakan aku ialah kami anak beranak akan ke sana juga pada cuti sekolah bulan Mei-Jun nanti. Moga-moga jadilah hendaknya. Berita yang tidak disangka-sangka ialah Abi sponsor kami ke KOREA. Ini diluar jadual hidupku. Akupun pelik kerana tidak ada angin ribut aku dapat berita ini . Malah Abi dahpun belikan tiket untuk kami ke sana. Aku ajak Tasnim dan Najwa sekali kerana mereka juga sangat teruja untuk ke sana. Tapi katanya tunggu green light from Pak Uteh. Kalau result SPM Najwa ok bolehlah kita melancong ke Korea. Apa yang menyeronokkan ialah musim yang akan kami alami ialah musim bunga..Haa banyaklah bunga sakura nanti. Jika berjaya ke Korea nanti itu menunjukkan Allah suruh aku rehat dari memikirkan kerja kerja sekolah yang tak pernah habis. Mungkin juga itu satu motivasi bagi diriku yang mula malap dalam dunia pendidikan. Mengapa ye? Adakah kerana faktor usia . Aku masih ingat kalau dulu akulah orang yang tak pernah penat. Pagi mengajar, petang  buat kelas tambahan termasuk Sabtu dan Ahad. Adakalanya aku mengemas bilik matematik. Namun aku rasa berbaloi kerana melihatkan prestasi anak muridku yang meningkat dari semasa ke semasa. Mungkin juga sikap budak-budak dahulu yang sanggup berkorban untuk datang kelas tambahan pada hari Ahad. Terima kasih semua. jam komputerku sudah pukul 4.39 pagi. Haa.. buku rekod untuk p&p esok belum ditulis. Aku rasa aku dah mula nak mengantuk balik. Aku pergi tidur kejap ye... ada mood  aku cerita lagi.

No comments:

Post a Comment