simuzara24369

Wednesday 18 April 2012

Proses ke Korea-di Pejabat Imegresen II

Hari Selasa: 16 April 2012 Aku ditemani Siti Nur Zubaidah  ke Pejabat Imegresen Kuala Kubu Baharu buat kali yang ke tiga. Sampai di sana ..."Kak , hari ini komputer rosak , teknisyen cuba baiki tapi tak tahu bila akan ok, " beritahu pegawai imegresen lelaki berkaca mata. Tinggi orangnya. Aku sangat mengharapkan agar pasportku siap hari ini. "Hemm.. adik ambillah dulu pasport lama akak ni, mana tahu akan ok sekap lagi, " balasku. Diapun mengambil dokumenku .  Aku mengambil tempat dudukku bersebelahan dengan Zubaidah. Di hadapanku ada seorang pakcik, katanya dari Rawang. "Saya ke Imegresen Subang , tadi pi ramai sangat, itu la saya ke sini.. masalahnya dah rosak pula komputer di sini." "Tak apalah kita tunggu dulu," balasku. " Masa gempa bumi tu anak ada rasa tak ?" Dia bertanyaku. "Yalah pakcik bergoyang-goyang,"balasku. ""Anak pakcik duduk flat lagi rasa bergoyang, "katanya lagi. "Masatu pakcik di tasik memancing ikan, anak taukan air tasik selalunya tenagkan, tapi hari tu air berombak - ombak macam  di laut, pakcik ingatkan ada raksasa." jelasnya panjang lebar. "Ye ke pakcik," balasku. Tiba-tiba.. "Siti Musni Radzi .." kedengaran namaku dipanggil. Seorang pegawai imegresen wanita memanggilku. Aku cepat-cepat mendaptkannya. "Maaf ye puan kami tak dapat  pasport puan hari ini kerana komputer masih rosak. kami harap puan boleh datang esok." Aku menangguk pasrah dan untuk mendapatkan kepastian , aku meminta no telefon pejabat untuk bertanyakan esok hari ok ke tidak sebelum aku datang ke sini lagi. Diapun memberiku no telefon. Aku mengucapkan terima kasih dan keluar. Hatiku berkata-kata kenapalah malangnya hari ini. Tapi tak apa mungkin Allah nak menguji kesabaranku. Keesokan harinya di sekolah, jam 12.30 petang, aku  menelefon pejabat Imegresen dan pegawai disana mengesahkan yang komputer telah elok. Setelah mengambil anak-anakku di sekolah dan memastikan mereka ke sekolah petang, akupun bergegas ke sana bersama Siti Nur Zulaikha . Di sana jiwaku tenang kerana semuanya berjalan dengan lancar dan Alhamdulillah aku selamat mendapat pasport baru. Yeah...



Sunday 15 April 2012

Proses ke KOREA-di Pejabat Imegresen

Hari Ahad 15/4/2012: Jam menunjukkan pukul 12.32 pagi . Aku tak mengantuk lagi. teringatkan peristiwa pada hari Jummat 13/4/2012 di dalam Pejabat Imegresen Kuala Kubu Baharu. Kata Abi pasport antarabangsa siap dalam masa 2 jam. Bila aku lihat notice board , jika tiada masalah teknikal, pasport boleh siap dalam masa 1 jam. Oh cepatnya. Tanpa berlengah lagi akupun isi borang permohonan buat pasport. Pakcik jaga tu ambil kepingan gambar kami anak beranak untuk di semak dan digunting bahagian tepinya. Abi tolong isikan maklumat anak-anak dalam borang masing-masing. Yang aku pula tak sabar-sabar hendak menyerahkan borang yang telah dilengkapkan. Di sini tiada sistem nombor jadi first come, first serve di bahagian kaunter. Tapi aku tetap tunggu borang anak-anakku diisi lengkap oleh abi. Bila dah selesai akupun menyerahkan borangku dan selang beberapa minit pegawai lelaki tu tanya, "Puan pasport yang terdahulu mana?". "Ehh..itulah pasport saya ", jawabku. "Ini yang telah bergunting", jelasnya lagi. Pegawai wanita yang berwajah serius datang dan pegawai lelaki tu ingin mendapatka pengesahan darinya adakah boleh diterima pasport yang aku berikan tadi." Tak boleh, mesti yang belum bergunting juga", jawabnya. Aku membalas, "Tak apalah esok suami saya akan berikan pasport yang lama nanti". Pegawai wanita itu mencelah, " Tapi puan mesti menanda tanganinya juga". "Kalau begitu hari Isnin nanti saya datang hantar". Hemm...ujian lagi. Abi cuba menenangkan aku."Ni balik ambil pasport tu di rumah, sempat lagi". Jam di dinding menunjukkan pukul 4.00 petang. Aku mencongak-congak , kalau aku balik aku kena cari juga sebab aku dah lupa di mana letaknya pasport itu. Mesti tak sempat ni nak patah balik. Olh kerana taat kat suami , aku pun start enjin kereta dan memecut balik ke rumah. Hujan turun dengan sangat lebat.. cemas kemalangan . Aku beristighfar banyak-banyak. Loripun banyak petang tu. Sampai di rumah jam sudah pukul 4.25 petang. Aku segera menyelongkar peti besiku ..huhh ..tak jumpa. Di mana lagi nak ku cari. Abi menelefonku, " Dah jumpa ke?" "Tak jumpa dan tak ingat langsung yang mana satu ye pasport tu". Maklumlah dah hampir 2 setengah tahun tak menengoknya, jadi ingat-ingat lupa. "Abi bagi arahan agar aku patah balik ke imegresen segera. Aku pun memecut keretaku semula. Tiba di sana jam sudah 5.05 petang . Anak-anak ku gembira kerana pasport mereka telahpun siap. Akupun turut gembira. Tak apalah kalau ada rezeki akupun akan dapat pasport baru nanti. Abi cuba mengingatkan aku di mana aku menyimpan pasport tu. Katanya kalau tak dapat ambil masa sebulan untuk renew. Aku mula berdebar-debar. Malamnya aku nekad mengaji AlQuran dan setelah anak-anakku tidur kecuali Zulaikha, kami mula menyelongkar satu persatu tempat yang aku syak . Entah macam mana jam pukul 1.00 pagi, aku teringatkan tong kain warna putih di mana aku menyimpan cincin emasku. Haa.. Alhamdulillah jumpapun beg tabung haji yang kecil bewarna hitam. Confirm ada..YES!!!. Terima kasih Allah , berkat Al QuranMu aku berjaya. Hari ini hari Ahad dan esok Isnin. Aku akan ke Imegresen lagi...

Wednesday 11 April 2012

Proses ke KOREA -diSMKKJ

4 April 2012, di dalam pejabat SMKKJ "Musni ..sekejap".  PK 1 Cik Hajjah Maznah memanggilku. "Saya tak boleh sign untuk mohon cuti 4 hari berturut-turut. Pekeliling hanya benarkan 2 hari berturut-turut sahaja". Jawab Hjh Maznah, ". Kak Nab mencelah, "Ambillah cuti sakit 2 hari lagi tu". Hajah Maznah balas, "Macam mana cuti sakit kalau badan kat luar negara. ee..mana boleh". Aku tahu itu. Aku tak mahu mengeruhkan suasana. Cukuplah pada bulan-bulan yang lalu aku naik angin tak menentu. Ramai yang terguris hatinya. Aku menahan sebak seolah-olah aku tak ada peluang untuk ke Korea. Sebenarnya cuti yang ku ambil itu bermula 8 Mei hingga 11 Mei 2012. Flight jam 2.45 petang pada 8 Mei dan akan pulang pada hari Ahad. Masa tinggal lagi sebulan untuk ke Korea . Kalau tak bagi dalam masa sebulan JPN tidak akan luluskan permohonan ke luar negara. Ya ALLAH dapatlah aku pergi ke sana hendaknya. Saat genting...Aku mencongak-congak untuk mengambil cuti tanpa gaji. Pada sebelah malamnya aku menelefon kakakku KakLang. Dialah orang rujukan utama hal-hal perguruanku. Katanya nanti dia akan menghubungi rakannya yang selalu ke luar negara dan mengambil cuti tanpa gaji dan cuti rehat .  Hari Jumaat 5 April. Aku terserempak dengan Hjh Maznah. " Hajjah, mungkin saya ambil cuti tanpa gaji". Dia menjawab, "Tanya pengetua dulu , mana tahu dapat."  Aku memberanikan diri berjumpa pengetua . Aku mengucapkan salam  "Assalamualaikum". Jawabnya "Waalaikumussalam". Akupun duduk dihadapannya dan menjelaskan kedudukanku. Lalu berlakulah perbincangan panjang lebar yang tak perlu ku huraikan di sini. Kesimpulannya aku mengucapkan ribuan terima kasih dan beredar keluar dari biliknya dengan membawa kad cutiku yang belum ditanda tangani. Aku terserempak dengan Hjh. Norizzan pula. " Musni buat 2 hari , 2 hari cuti rehat tu ..bolehnya". Akupun membatalkan 4 hari dan tukar ke 2 hari, 2 hari iaitu 8Mei dan 9 Mei, 10 Mei dan 11 Mei."Aku pasrah. Akupun masuk semula ke bilik pengetua dan meletakkan kad cutiku itu sambil memberitahu.. "Hajjah. Puan Norrizan kata boleh buat 2 hari, 2 hari". Jawab pengetua, " Sama je 4 dengan 4 hari berturut-turut tu". Aku mengucapkan Alhamdulillah di dalam hatiku. Syukur. Ada harapan. Waktu rehat aku bertemu Zu, "Zu pengetua dah sign ke belum". Zu jawab, " La .. akak pergilah jumpa dia ". Aku tidak mahu masuk lagi ke biliknya . Aku membiarkan takdir menentukan segalanya. "Eh esok hari Sabtu ...macam mana ni , Isnin dah 9 Mei, maksudnya tak cukuplah sebulan permohonanku.. berserah". Malamnya kakakku Kak Lang menelefon dan memberitahuku bahawa cuti rehat 4 hari berturut-turut itu atas budi bicara pengetua. Akupun menarik nafas lega .. sekurang-kurangnya aku ada peluang untuk itu. 9 Mei 2012 aku bertanya Zu.. "Macam mana Zu lulus ke ?". "Dah lulus kak". "Alhamdulillah....". Tapi ada 2 keping memo dilekatkan di atas kad cutiku. Lebih kurang berbunyi.. Sila buat kelas ganti. Saya tidak mahu komen dari parents.... beri latihan dan latih tubi... Jawab hatiku, "Ya memang itupun yang akan aku lakukan..TERIMA KASIH".