simuzara24369

Wednesday 11 April 2012

Proses ke KOREA -diSMKKJ

4 April 2012, di dalam pejabat SMKKJ "Musni ..sekejap".  PK 1 Cik Hajjah Maznah memanggilku. "Saya tak boleh sign untuk mohon cuti 4 hari berturut-turut. Pekeliling hanya benarkan 2 hari berturut-turut sahaja". Jawab Hjh Maznah, ". Kak Nab mencelah, "Ambillah cuti sakit 2 hari lagi tu". Hajah Maznah balas, "Macam mana cuti sakit kalau badan kat luar negara. ee..mana boleh". Aku tahu itu. Aku tak mahu mengeruhkan suasana. Cukuplah pada bulan-bulan yang lalu aku naik angin tak menentu. Ramai yang terguris hatinya. Aku menahan sebak seolah-olah aku tak ada peluang untuk ke Korea. Sebenarnya cuti yang ku ambil itu bermula 8 Mei hingga 11 Mei 2012. Flight jam 2.45 petang pada 8 Mei dan akan pulang pada hari Ahad. Masa tinggal lagi sebulan untuk ke Korea . Kalau tak bagi dalam masa sebulan JPN tidak akan luluskan permohonan ke luar negara. Ya ALLAH dapatlah aku pergi ke sana hendaknya. Saat genting...Aku mencongak-congak untuk mengambil cuti tanpa gaji. Pada sebelah malamnya aku menelefon kakakku KakLang. Dialah orang rujukan utama hal-hal perguruanku. Katanya nanti dia akan menghubungi rakannya yang selalu ke luar negara dan mengambil cuti tanpa gaji dan cuti rehat .  Hari Jumaat 5 April. Aku terserempak dengan Hjh Maznah. " Hajjah, mungkin saya ambil cuti tanpa gaji". Dia menjawab, "Tanya pengetua dulu , mana tahu dapat."  Aku memberanikan diri berjumpa pengetua . Aku mengucapkan salam  "Assalamualaikum". Jawabnya "Waalaikumussalam". Akupun duduk dihadapannya dan menjelaskan kedudukanku. Lalu berlakulah perbincangan panjang lebar yang tak perlu ku huraikan di sini. Kesimpulannya aku mengucapkan ribuan terima kasih dan beredar keluar dari biliknya dengan membawa kad cutiku yang belum ditanda tangani. Aku terserempak dengan Hjh. Norizzan pula. " Musni buat 2 hari , 2 hari cuti rehat tu ..bolehnya". Akupun membatalkan 4 hari dan tukar ke 2 hari, 2 hari iaitu 8Mei dan 9 Mei, 10 Mei dan 11 Mei."Aku pasrah. Akupun masuk semula ke bilik pengetua dan meletakkan kad cutiku itu sambil memberitahu.. "Hajjah. Puan Norrizan kata boleh buat 2 hari, 2 hari". Jawab pengetua, " Sama je 4 dengan 4 hari berturut-turut tu". Aku mengucapkan Alhamdulillah di dalam hatiku. Syukur. Ada harapan. Waktu rehat aku bertemu Zu, "Zu pengetua dah sign ke belum". Zu jawab, " La .. akak pergilah jumpa dia ". Aku tidak mahu masuk lagi ke biliknya . Aku membiarkan takdir menentukan segalanya. "Eh esok hari Sabtu ...macam mana ni , Isnin dah 9 Mei, maksudnya tak cukuplah sebulan permohonanku.. berserah". Malamnya kakakku Kak Lang menelefon dan memberitahuku bahawa cuti rehat 4 hari berturut-turut itu atas budi bicara pengetua. Akupun menarik nafas lega .. sekurang-kurangnya aku ada peluang untuk itu. 9 Mei 2012 aku bertanya Zu.. "Macam mana Zu lulus ke ?". "Dah lulus kak". "Alhamdulillah....". Tapi ada 2 keping memo dilekatkan di atas kad cutiku. Lebih kurang berbunyi.. Sila buat kelas ganti. Saya tidak mahu komen dari parents.... beri latihan dan latih tubi... Jawab hatiku, "Ya memang itupun yang akan aku lakukan..TERIMA KASIH".

No comments:

Post a Comment