simuzara24369

Sunday, 15 April 2012

Proses ke KOREA-di Pejabat Imegresen

Hari Ahad 15/4/2012: Jam menunjukkan pukul 12.32 pagi . Aku tak mengantuk lagi. teringatkan peristiwa pada hari Jummat 13/4/2012 di dalam Pejabat Imegresen Kuala Kubu Baharu. Kata Abi pasport antarabangsa siap dalam masa 2 jam. Bila aku lihat notice board , jika tiada masalah teknikal, pasport boleh siap dalam masa 1 jam. Oh cepatnya. Tanpa berlengah lagi akupun isi borang permohonan buat pasport. Pakcik jaga tu ambil kepingan gambar kami anak beranak untuk di semak dan digunting bahagian tepinya. Abi tolong isikan maklumat anak-anak dalam borang masing-masing. Yang aku pula tak sabar-sabar hendak menyerahkan borang yang telah dilengkapkan. Di sini tiada sistem nombor jadi first come, first serve di bahagian kaunter. Tapi aku tetap tunggu borang anak-anakku diisi lengkap oleh abi. Bila dah selesai akupun menyerahkan borangku dan selang beberapa minit pegawai lelaki tu tanya, "Puan pasport yang terdahulu mana?". "Ehh..itulah pasport saya ", jawabku. "Ini yang telah bergunting", jelasnya lagi. Pegawai wanita yang berwajah serius datang dan pegawai lelaki tu ingin mendapatka pengesahan darinya adakah boleh diterima pasport yang aku berikan tadi." Tak boleh, mesti yang belum bergunting juga", jawabnya. Aku membalas, "Tak apalah esok suami saya akan berikan pasport yang lama nanti". Pegawai wanita itu mencelah, " Tapi puan mesti menanda tanganinya juga". "Kalau begitu hari Isnin nanti saya datang hantar". Hemm...ujian lagi. Abi cuba menenangkan aku."Ni balik ambil pasport tu di rumah, sempat lagi". Jam di dinding menunjukkan pukul 4.00 petang. Aku mencongak-congak , kalau aku balik aku kena cari juga sebab aku dah lupa di mana letaknya pasport itu. Mesti tak sempat ni nak patah balik. Olh kerana taat kat suami , aku pun start enjin kereta dan memecut balik ke rumah. Hujan turun dengan sangat lebat.. cemas kemalangan . Aku beristighfar banyak-banyak. Loripun banyak petang tu. Sampai di rumah jam sudah pukul 4.25 petang. Aku segera menyelongkar peti besiku ..huhh ..tak jumpa. Di mana lagi nak ku cari. Abi menelefonku, " Dah jumpa ke?" "Tak jumpa dan tak ingat langsung yang mana satu ye pasport tu". Maklumlah dah hampir 2 setengah tahun tak menengoknya, jadi ingat-ingat lupa. "Abi bagi arahan agar aku patah balik ke imegresen segera. Aku pun memecut keretaku semula. Tiba di sana jam sudah 5.05 petang . Anak-anak ku gembira kerana pasport mereka telahpun siap. Akupun turut gembira. Tak apalah kalau ada rezeki akupun akan dapat pasport baru nanti. Abi cuba mengingatkan aku di mana aku menyimpan pasport tu. Katanya kalau tak dapat ambil masa sebulan untuk renew. Aku mula berdebar-debar. Malamnya aku nekad mengaji AlQuran dan setelah anak-anakku tidur kecuali Zulaikha, kami mula menyelongkar satu persatu tempat yang aku syak . Entah macam mana jam pukul 1.00 pagi, aku teringatkan tong kain warna putih di mana aku menyimpan cincin emasku. Haa.. Alhamdulillah jumpapun beg tabung haji yang kecil bewarna hitam. Confirm ada..YES!!!. Terima kasih Allah , berkat Al QuranMu aku berjaya. Hari ini hari Ahad dan esok Isnin. Aku akan ke Imegresen lagi...

No comments:

Post a Comment